Saturday, January 28, 2012

katakanlah. percayalah.


hey man. how are you? oee. bertemu lagi kita ya. alhamdulillah masih hidup kan kita. okey. hari sabtu maknanya hari last cuti kan.bila nak bukak sekolah balik. rasa malas tu mesti ada kan. kalau yg excited nk pi seolah tu mesti dia ada agenda  tersendiri bukan.

homework done ka? aku tinggai nota akaun je. hm. malaih nak buat. takpa akaun ada hari selasa. lambat lagi lol.  hat len settel. kecuali soalan merapu sejarah yg takdak dalam buku teks aku tingai. eh, sapa tau nak buat esei sejarah? ajaq sat. cek tak retii laa. oeee. jgn kedekut ilmu. nanti tak berkat. *gempaq je.

harituu pegi tusen. admath semestinya. heran awat salah. rupanya, sign silap. betoi ckp anis. ada sesetengah cikgu tusen ajaq senang and ada yg cikgu sekolah ajaq senang lagi. kami ada choices, so buleh pilih. btw dh habis belajaq chapter 2. cepat bukan. lepas ni belajaq function kot.

ada apa lagi. oh, yeah. baju nak siap dh. kalau hmpa tau sapa buat baju aku mesti hampa dumb-founded *saja nak guna ayat nie. lama tak guna satgi lupa. haha. besalah. kalau terror pon tapi lama tak guna still buleh lupa. macam org cakap. practice make perfect.

seminggu nie harus digunakan sebaik mungkin. kalu yg faham tu mesti tau punya. kalau yg takpahm. buat buat paham sudah. ada idea lebih sikit. tapi taktau nak guna ka dak nanti. try to make her happy. our last five day with her. gather gather sama sama. lepaih ni. dak tak cukup ahli.

You're My Friend, my companion, through good times and bad my friend, my buddy, through happy and sad, beside me you stand, beside me you walk, you're there to listen, you're there to talk, with happiness, with smiles, with pain and tears, I know you'll be there, throughout the years!

Thursday, January 26, 2012

cuti dok rumah. bagus bukan?

hui hui. hello readers. lama tangan nie tak exercise di blog bukan. haih. takkan rindu kot. bla bla. merapu tetap merapu bukan. okey happy holiday semua even dh terlambat tapi kita tetap nak wish wish. ape yg terjadi tetiap kali cuti ialah. homework mesti an tergendala.

saja buat lambat lambat then nak bukak sekolah dah baru kalut. ish. cemerlang sungguh kan aku. yela kita kan budak bahiyah. slogan. centre of excellence. sat! centre or center? tak ingat# kesian. aip. biaqlah org nak puji diri sendiri. bukannya selalu. :P

cuti ni tak pegi manamana pon. hey. saya suka duduk di rumah lagi sebab rumahku syurgaku. hmm. jaga granny sebenaqnya. tapi okey jugak buleh online monline. best best. tapi cuti nie tak buleh tidok lewat lewat. sobsobs.

orang tua besa la. sentiasa nak kita dok dengan depa. tok, paham le. cek ni nak buat homework la bla bla. *padahal bukan buat pon. then, suka sungguh mintak aku tambah ayaq dlm botoi special dia tuh. haih tok. ayaq tu banyak lagi. tak luak pon.

dak takpa arr nanti hampa tak dengaq tok pangil. sampai kan pukui 2 pagi time semo lena pon granny suruh aku keluaq pi bubuh ayaq kat luaq. org takut tau. tapi buat buat berani. bukak lampu terang benderang macam funfair.  nasib bek tok ada cucu yg jenis tidok lambat. wink wink.

kalau aku dh tidok. org kacau. jwabnya wasalam la. takkan aku mangkit punya. besa la. saya lebih sayangkan bantai. HAHA. tetiap hari tanya hari apa. bila org bohong. dia tau. dah tau tanya buat apa lagi kan. last last aku jawab, tok hari ni takdak hari sebab dh akhir zaman XP. lepastu diam la dia.

haih. layan jela. nak balik tak lama dh sebab sekolah dh nak bukak. aku buat semua nie pon sebab mama. kesian tengok mama. aku sayang sangat kat mama. cuma tak reti nak tunjuk je. *masalah utama aku. okey. till here. sambut salam. bye.

#sapa nak makan lontong. mai la rumah. peace V.

Sunday, January 22, 2012

tak percaya, aku check sendiri.

aku check sendiri. and betoi dia dapat. :)

Hai semua. pos kemarin buleh menyentuhkan hati semua bukan? haha. memang post tu paling payah aku nak buat. taip bopa patah ayat. berenti lap air mata. sedih bukan. kawan yg paling rapat and share byk benda dengan kita nakpi tinggai kita.

kat lib kemaqin pon aku banyak diam bukan sebab aku tau lepas nie kami tak kan jadi sehavoc yg dulu. depa pakat tanya aku kenapa diam. takkan aku nak habaq kot depan dia yg aku sedih dia nakpi. sepatutnya sebagai seorang kawan aku support dia

bila aku berkawan nie selalunya aku tamak. aku selalu pikiaq dia hak aku. and dia takkan tngai aku sampai kami masuk universiti. gila kan aku nie. saiko.  mana buleh dok main tahan tahan anak org untuk pi mana mana bukan. psssytt.

lepas ni takda sapa la nak tampaq aku bila dia gelak gelak. tadak org la nak membantah apa yg aku cakap. lepas ni takdak sapa yg boleh main main kata ting tong tu. lepas nie tadak sapa utk aku tumpang duduk bila aku balik lambat. lepas ni tadak dah org gila gila macam hang nab.

aku penah qasa kehilangan kawan kawan time darjah enam dulu. tapi aku tak qasa macam mana aku qasa sekarang. aku taktau macam mana kita boleh qapat. tapi aku takleh bayangkan macam mana bila hg tadak nanti.

bila aku stres mesti aku akan tampaq hang. ataupun peluk hang. hee, syiok macam peluk teddy bear. tapi lepas nie aku nk tampaq sapa? shake? haha. dia pon tadak isi. satgi abes tulang patah. hukhuk. riuk riuk. tetau tetau nak cakap apa dh. satgi leleh lagi. banjir satu rumah.

kadang kadang aku tepikiaq betoi ka nie. ntah ntah dia just melawak dgn aku.  nak main ting tong kena kelentong lagi dgn aku. haha. hey. selalunya benda benda ceni mana ada orang berani buat main main kan kan. aku la. pikiran tak matang sungguh. okey, aku check bagi hang. and betoi la hg dapat.

dahla nak pi tengok hindustan. kalau tengok hindustan if aku nangis pon takan peqasan pasaipa. sebabnya org akan ingat aku sedih tengok cita. muaha. jom layan mohabatein. lagi la qeyau deraih. what the funny. hahahahaa.a. okey fake gelak. bye.

Saturday, January 21, 2012

coretan buatmu, bestie.


asssalamualaikum semua. okey. seharian berada di library. ramai gila kot yg pi. and budak K1 pon banyak. shake, nab, iffah, yanie, pina, genk K3, genk mimi. pon ada. serius kali ni. kerja kami semua jadi. bising tetap bising. tapi kerja tetap siap. bagus kan kami.

and benda yg paling terkezutt. kami digelar genk BANDUNG. sebab apa? aku, shake ngan nab pakai baju yg chip bagi tuh. aww aww. pi makan and jalan jalan tadi semua pakat tegoq. oh depa nie genk bandung. macam macam lagi ah. hey. biaq kat kita kita le. ada masalah ka? kami menghargai apa yg besties bagi.

hee, tadi macam macam kami buat. syiok la jugak. detik detik terakhir kami bersama memandangkan seorang kawan kita nie dapat MRSM Pengkalan Chepa. S0bssobs. eh silap. tahniah bebeh. tapi tempat tu jauh la. nanti mesti lupa kami bukan? hukhuk.

tapi hg excited gila nakpi. kami nak kata apa lagi. parents hang pon sokong hang pi. insyaallah punya buleh survive kat sana. hg kan friendly jugak.tapi ingat kat sana jgn dok tampaq org pulak. depa tak biasa lagi. haha.

pi sana jaga diri elok elok key. janji ngan kami jangan balik sudah. kalau hg bahagia kami pon akan bahagia juga. taksangka hg nak dapat tempat jauh. lepas nie dah tak buleh online kerap kerap. hehe. only two weeks from now. lepas tu hg off ke negeri cik siti wan kembang.

hey lepas nie takdak dah la genk pingu mingu di surau. puteri islam aku sorang. tak buleh nak buat genk gossip. depa hat len semua baik baik belaka. nurain pon takdak. hmm. harapkan wani je. mula mula mungkin tak biasa. tapi lama lama buleh la kot. HAHA.

aku ingat semua moment kita buat sama sama. pi jalan jalan satu sekolah tapi habaq kat cikgu nak pi tandas, buat mesyuarat agung kat peladang or esso bila malaih balik rumah. kecoh kecoh dalam kelas bila semua org dah balik. masa cikgu cikgu ajaq.

masa hang main ting tong kena keletong dengan aku. masa aku ngusik hg sampai hang bengang. masa hang keja tak bawak buku bravo math, aku yg cover. masa kita pekena milo ngan tea ais. time dlm dewan bila assembly kita buat macam takdak sapa, enjoy the sembang time.

hang suka tanya and petikai benda yg org tak buleh jawab. sentiasa nak menang :P kadang kadang aku qasa macam hang niee. eee, sekeh pala baru tau. kadang kadang hang buat aku gelak sorang sorang and nak marah pon takjadii. penah kol aku cakap sampai sejam lebih. padahal bukan ada topik sangat nak cakap.

penah skype smpai dua tiga pagi. kol aku selalu timing tak kena. hang suka nyanyi lagu yg dianggap out of date. tapi yg baru baru hang taktau. haha. selalu kalut nak cerita sumthing and buat kami excited utk dengaq. tengok tengok benda ciput ja. selalu tolong aku amik buku utk program nilam.

kita penah buat havoc kat rumah hang time hari sukan. kita snggup tulis esei berhelai helai muka surat semata mata nak dapat sijil. bila kita sembang, mesti hang yg kena time cekgu relief masuk. kadang kadang kesian kat hang. tapi selamat aku. hehe. time hang selalu lupa, and aku yg kena peringat. lawak bukan? HAHA. and paling terasa. tak leh peluk hang dah. *gediks sat*

Biar pergimu tanpa relamu. Namun hatiku tetap rasa. Patah seribu hatiku. Bila mengenangkan segala yang kita bina bersamaPergilah kau ke tempat yang kau tuju. Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

jaga diri kat sana. jangan lupa kami kat sini. smoga jumpak si dia si sana. havoc sayang hang. ingat tu. selamat maju jaya. bila balik jangan lupa kami. sebelum pi, tengok dulu video yg aku penah buat time form 2. okey guys. sampai sini dulu. # post yg paling susah aku buat selama aku menaip di blog. :)






Friday, January 20, 2012

what i feel. lots of that.


You remind me of a flower, Pretty, inside and outside. A reason why people smile everyday, A gift to all. You remind me of chocolate, Luscious and sweet. Someone people can turn to in crisis, Loved by all. You remind me of a teddy, Cute and huggable. Someone people feel comfortable with, Special to all. 
 
You remind me of a balloon, Happy and bouncy. Someone people can have fun with, Enjoyed by all. You remind me of a lot of things, But nothing can compare to the real person, A friend I can look up to,Cherished by me.

You are friendly, kind, caring, sensitive, loyal, understanding, humorous, fun, secure. Always there.. yes that's you. Special, accepting, exciting and wise , truthful and helpful, with honest black eyes Confiding, forgiving, cheerful and bright. Yes that's you... not one bit of spite.

Standing by all the way. Here to help you through your day. Holding you up, When you are weak, Helping you find what it is you seek. Catching your tears, When you cry. Pulling you through when the tide is high.Just being there. Through thick and thin,

There is a miracle called Friendship that dwells within the heartand you don't know how it happens or when it even starts. But the happiness it brings youa lways gives a special lift and you realize that Friendship is God's most precious gift.

#  Parents start you off on life but friends get you through it.

Thursday, January 19, 2012

honaho. apa pun taktau.

hai peeps, how your day? okey or not? hari nie hari kamis. maknanya esok cuti yeayy. gon xi fa cai. suka suka. tapi homework banyak. but, nasib baik takdak keja terancang macam ustazah cakap. the, ustazah habaq lagi mungkin akan tukaq cekgu and jadual lagi. klu jadual memang kena tukaq, sebab cikgu comei dah nak cuti bulan 2.

OMG, kerja sejarah banyak. hee, tapi takpa takpayah buat nota dah. semua cikgu bagi lepas tu boh dalam fail. baguih sungguh dapat cekgu macam ni. tapii bila dlm kelas. serius aku taktau dia ajaq apa. yela dia cerita detail sgt. smpai dua masa pon bru 2 muka surat. hekhek.

takpa la cikgu, saya baca kat uumah. *tu tak sure lagii la. sembang ja lebih. haha. cerita pasal sembang lebih nie kan. nak cita la. sorang nie kata dapat teknik. tapi takpi pi lagi pon. haih. hang dapat ka dak ni? aper cerita buku teks pon amek. baik bagi kat aku. tak cukup lagii buku. :P

esok mrsm keluaq kan? hey, kalau dapat tu jangan takpi pulak. peluang weh sekali ja. bila konfem dapat mai la habaq kat aku. yela, aku pon nak share jugak kegembiraan dengan hampa. jangan tak habaq pula. lagi sedih kalau dapat tau dari mulut org lain. tak kira ah lain kelas ka apa. friend is friend. sharing is caring bukan. :)

cuti ni aku jadi nurse yg tak bergaji. tapi tips dia ada arr. bila nak keluaq set ah. habaq kat aku kot phone ah. alah mesej aku tak lebih 10 sen, takkan takbuleh kot. hmm.  esok stat tusen admat. yeay. semangat. aku suka admath. tapi cikgu, saya belajaq chapter dua dulu. :D kbye.

Monday, January 16, 2012

serabut otak aku lanie.



hello, tengah buat homework eh? memang patut pon tengah buat. time time ceni la selalu kalut nak buat homework bukan. takpa paham. kita student.sama sama tau. buat malam ah. petang rehat dulu. jgn stress otak. naik form 4 ni. otak aku selalu diguna pada waktu sekolah. boleh jadi biul aku. setiap kali cikgu masuk, mesti tengok jam. wlwpon factnya baru lima minit cekgu masuk.

hee, sekrang dah la payah. buku teks tak dapat lagi. dah tiga minggu sekolah bukak. saya belum dapat buku lagi. hey, macam mana saya nak buat homework la ustaz. Lol. tetiap hari mai kelas tanya sapa takdapat buku. tapi kami still x dapat dapat lagi.

dah la nak cuti. confem ada keja sekolah. kalau takdak buku nak buat cana. suruh abah bawak balik ahh. bagus, tapi saya still nak yg sekolah punya jugak. bagi la cepat, tolong. susah. kami kat belakang dok tiga orang. and yg paling teruk, tiga tiga tak dapat.

setiap kali nak guna teksbook mesti kena mintak kat SA pastu share 3. mai aii. untung aku dok tengah, boleh tengok jugak. kalau yg dua orang dok tepi tuh. pandai pandai la hampa. shake selalu surrender tak mau tengok. tak sanggup sakit mata sebab jauh.

dah la tengah mood tak elok ni, sis pulak tulis nama silap.buruk abes buku orang. huwaaa. kena buat dengan komputer nampak gayanya nie. nak cover hat tak elok tuh. kalau dah buat satu kena buat semua. semak aku. nak cuti cepat lah. serabut otak ni.

and kat fesbuk awat la org suka dok hantaq game game ni. takdak ka app yg boleh tak bg org hantaq kat kita? tembak satgii baru tau. nak senang rmove fren teruih. okey bukan nak belagak. tapi sapa yg aku tak kenai aku takkan approve okey di fb. maaf, hanya yg dikenali SAJA. bye.

Taman Tergantung Babylon. :)


Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). 

Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik.

Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.

Menurut sesetengah sumber, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampung halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampung halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.

Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas beranda atau suatu teres.Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat plethra.

Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan."
Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan suatu pemandangan yang menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang lain di sekelilingnya yang tandus.

"Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian dari struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat... Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan lebatnya dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang besar dan menarik, memberikan kesenangan kepada pemiliknya... Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya." — Diodorus Siculus.

*hee, tadi belajaq sejarah keluaq benda ni. tempat ni cm best laa. hee, teringin nak pi tengok sendiri selepas nak pi Air Terjun Niagara. mak aii. cantik la tempat dia. jom weh. salah satu drpd 7 keajaiban dunia. sumber dr wikipedia.

Thursday, January 12, 2012

Cukup Sekali weh, aku dah serik! :(


hai readers, apa nak tulis harini, bagi topikk satt buleyy? okey harini di sekolah. pagi pagi belajaq bi, pastu PJ. yeayey. orang reti main dah badminton. tak caya? pegi tanya akma okey. saya tak buhong. masuk kelas belajaq add math. hee, saya suka. tapi sekarang ni jalan kira dia makin panjang. aip aip. sabaq okay.

insyaallah buleyy. then, sampai la subjek yg saya takut. S for Sains and S for Seqam. tak caya? i have to behave like the last Malay girl. then rehat. yum yum. lepas tu ada ekonomi asas. cekgu comei ajaq jugak. dia bagi tau bulan Feb dia dah cuti. hee. sobs-sobs. sapa nak ganti dia? dia baikk.

pastu ada perjumpaan permainan rakyat tuh. kak kembaq jadi pengerusi. dan nadia pula jadi naib pengerusi. BAGUS! sambil dok cerita pasai kura kura and paksa budak budak form 1 angkat tangan kat yani. hehe. sorie key. bendahari oo. nak pinjam duitt buleh? :P

pastu pi dewan utk persaraan cikgu ct Ah. haih, hingaq. and apa yg buleh saya kesan adalah. tetiap tahun budak form 1 yg akan duduk lambat apabila ada perhimpunan. hai adik, di bahiyah kena cepat. kalau dak tak buleh duduk. kena diri sampai habis assembly. hee. lawak ja.

pukui dua menanda kan kami buleh balik and berdiri la semua wahai pelajar yg "budiman" aku dok heran la. kenapa fatin dok asyik tepuk tepuk belakang aku. rupanya da makna. oh dia bubuh benda kecik apa ntah kat tudung aku. taktau la sapa punya keja.

tapi yg aku tak buleh terima and marah. kenapa bila aku tanya, sorang pon tak habaq. sedangkan kat situ ada lebih drpd 10 org. takkan sorang pon tak buleh jawab. awat semua dah bisu habih ka? then, aku pi depan. tanya lagi dua orang. and pakat dok suruh aku tanya org len. hey! what the hell.

aku pi kat depan lagii. tanya. and buleh hampa dok hasut org len bgi takbayah habaq. padahhal menatang yg belakang aku tu benda kecik ja. pedia konspirasi hampa. cukup la sekali aku dimalukan dengan pompuan tua tu. then, kawan kwan aku sendri pon nak malu kan aku jugak KA?

sedih tau dak. hampa tak penah rasa apa yg aku qasa. arghhh. APEDIA. hampa nie ibarat patung cantik yg mahal tapi sukar diperolehi. SUDAH. setiap hari aku sentiasa cuba utk lupa benda memalukan aku tuh. tapi harini, kawan aku sendiri yg mengingati aku balek.

ape perkataan malu tu takpenah hidup dlm hidup aku mungkin. kita nie berbeza ibarat kaca dan permata. mungkin dulu sama. tapi sekrang lain. hati aku kosong. kadang-kadang pkiaq buat apa ntah aku nak dok sekolah tu lagii. bukan ada apa pon. dah la. nakpi buat nota ekonomi.

nak merajuk dengan hampa sampai hari ahad. lama-lama tak buleh. satgi jadi kot len pulak. atotoo. shake, nanti hantaq buku teks akaun okey. iloveyou muahs. okey BYE!

Tuesday, January 10, 2012

hari hari update blogg.




hello friends. bertemu lagi kita di hari yg lain, masa pon lain. hari ni MSU mai bagi ceramah kat kami budak form 4. dari pukui 8 hingga la pukui 1 petang. lama bukan? tapi okey la jugak content dia. dok pakat pengaruh orang amik senii. *tertarik jugak sebenaqnya aku.

okey tadi awai awai time aku mai masuk kelas. aku terkejut. ubah tempat? mana shake? hee, letak beg and pi cari si dia kat kelas 4SC1. mana tau dia pi dok kelas tu ka. and tak ada. apa aku nak buat nie. kat mana ada kosong, haa. nunn hujung di sebalah nihal.

tu tempat kami. aku tak terpikiaq harini kena mai awai cupp tempat. *lupa sudah. ingatkan shake mai awai macam selalu. tapi harini dia lambat. ramai yg suruh pi awai esok amik tempat. humm. takpa la weh, nanti gaduh. payah la dah konfem satu kelas pulak.

duduk belakang pon belakang la. nampak pa. terpampang. mula-mula aku dok berdua dengan shake di belakang. and tadi tetiba ja ada satu lagi meja di sebelah aku. pelik bukan. sapa punya meja tu. duduk tiga orang? tak bestt laa.

and tadi ada mesyuarat puteri islam. dalam-dalam dok kumpuii. lantik ar ajk. sebenaqnya bukan kami yg lantik sendiri tapi ustazah yg lantik. and you know what. bila time naib naib mestilah budak form 4 pegang. mula-mula naib pengerusi, ustazah sebut nama mimi.

and yg paling tak sangka time naib setiausaha, ustazah sebut nama saya. whatt the lol? laah. leceh la. keja aku tulis laporan sebab SU form 5 mana buleh kacau. dah laa, aku setai malaih. ustzah kata nama kami dicalonkan oleh cikgu cikgu. ada ka patutt. tapi selamat takpayah masuk kawatt. hoorayy.

takpa la. saya akan buat sedaya upaya cikgu. SU kami hazirah. kenai dak. budak femes jugak la. peett-peettt. oh lupa nak habaq. sekarang ni boling dah dibubarkan. so sekarang sekarang saya budak sukan amanah permainan rakyat. huhu. congkak.~.~

Aku ingin engkau slalu. Hadir dan temani aku. Disetiap langkah. Yang meyakiniku. Kau tercipta untukku. Meski waktu akan mampu. Memanggil seluruh ragaku. Ku ingin kau tau. Kuslalu milikmu Yang mencintaimu. Sepanjang hidupku.

bye friends, meet again. muahss

Monday, January 9, 2012

rupa rupanya hanya suka suka.



hai guys. apa kabar? okey, harini ari isnin. kami ada orentasi form 4 hari kedua. harini agak dull. sebab banyak cikgu yg dok cakap-cakap kat depan pasai subjek yg kami nak amik. serius, aku tak buleh bagi perhatian 100%.

aku memang stai yg taktahan lama-lama and suka main, cakap, and goyang-goyangkan kaki.and memang nampak macam biadap tapi ini diri saya cikgu. saya tak suka hipokrit. and sometime aku pretend la jugak berbuat baik apabila perlu.and tadii.

kami masuk dewan lambat sebab tunggu budak yg pakai lencana *tuttt* buat burger. *sumpah getaq tak abes abes takut kena. tapi bila laqi-laqi macam children, kami tengok ada lagi yg lenggang kangkung dok jalan-jalan kat koop and toileet. hee, buat penat ja kami pecut. depa len buat besa ja.

then, masuk dewan. penat lelah masih terasa okey. nab pula dengan selamba makan. aikk. aku yg belii ni pon tak makan lagii. advance sungguh dia ni. bila time aku nak makan ja, mesti aku qasa macam cikgu dok tengok aku, so tak makan lah.#takut plak bab ni :P

tadi jugak cikgu bahagi bahagi kelas kami semua, and aku punya takdak perubahan. still kelas tuh. 4SS1. yes, I'm taking account. penah waktu first pi sekolah ada sapa ntah tanya. "kenapa hang masuk kelas nie, hampa stai tak ikut geng ka"

Eh, sorie sikit. aku dan havoc bukannya setai ikut genk apabila bab pelajaran. kami bebas memilih. dan keputusan aku memang akaun wlwpon tadak sapa geng aku yg kelas sama. sebab aku tau diri aku macam, kemampuan aku utk bawa subjek yg aku nak amik.

Chip tanya aku tadi, kalau shake tak buleyy tukaq pi akaun, tinggai hang sorang. hang nak buat cena. laqi mai sains jugak ka? hee. memang sedih kalau tak sapa yg qapat dok sekali. tapi macam aku kata kat chip. aku tetap akan amik akaun. :)

dahulu ku kenal dia jejaka idaman malaya. semut pun tak mati dipijak. lemah lembut bicara. semakin ku buta semakin buta mata. dia berselindung utk mengaburi langkahnya. kini ku tak mahu lagi ditipu dengan pencabul kalbu. mula,mula ku benar benar nak bercinta dengan ia ia. tapi lama lama belangnya keluar.

nyanyi sat. hee sedih. teqasa dengan cikgu. teqasa dengan dia dan dia. oh no. rupanya kau hanya suka suka. she treats me like i'm a stranger. okey bye peeps. -salam-

Saturday, January 7, 2012

Lara Lagi :'(



Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia

Thursday, January 5, 2012

minggu pertama over.


hai guys.  okey minggu pertama alam persekolahan dah habis tanpa ada kerja rumah. wow.so, lega. minggu yg baru, kelas yg baru, cikgu baru and kawan pon baru jugakk. hee. hari kedua agak menarik sebab takdak subjek sains. haha. serius aku takut cikgu tuh. she likes to usha me. *perasaan sat *

setiap masa waktu sains mesti sebelum rehat and my friend asked why kita kita selalu bawak buku time rehatt. hee. saja kami budak rajin. :P. heyy! ada org kutuk saya punya lukisan eh? hee. saya tak retii lukis. sebab tuu i'm want to take aliran senii. jom jom kita berseni.

tadi belajaq math moden bersama en malik jaafar. seriusss aku takpaham. tajuk ni senang ja.just round off what what. tapi cara dia nak terang panjang gila. and tau tak kenapa aku takpaham. sebabnya aku tringat cara miss ung ajar. cikgu rohana ajaq form 4 takan techer takbuleyy. sedihnye.

harini jugak kami ada mesyuarat sukan. saya masih di rumah teratai. setia itu penting bukan. cikgu mail yg bukak alu-aluan. dia cakap tahun 2010, kita Johan. 2011 kita johan jugak tapi dariii belakang. and tahun ini kita akan menang sebab kita ada ketua guru yg cergas, aktif.. *semua murid pakat dok tunggu sapa*

Cikguuuuu Saniyaaahh. Hah? semua rilek ja, tapi aku ngan amni saling tengok. hee. Amni kata, Cergas apa, ajaq kita kelas juara pon buleh tidok. HAahaha. takpala kita tengok dulu macam mana. #tiba tiba teringat moment jahat Anis ngan shake kata kat aku, Hukhuk. :( and tak lupa moment peqeli flat awin kata aku budak baru form 1.

I wonder how, I wonder why. Yesterday you told me 'bout the blue, blue sky. And all that I can see is just another lemon tree. I'm turning my head up and down. I'm turning, turning, turning, turning, turning around. And all that I can see is just a yellow lemon tree. And I wonder, wonder

okeyy. till here. byebye by mariah careyy. big hugss.

Tuesday, January 3, 2012

first day in form 4. *keep growing*


hai readers, okey arini 1st day sekolah. seperti tahun tahun lepas, hari pertama mesti not so interesting. sampai sekolah masih gelap. and aku jumpa awichinis dulu. ingat ka depa tak nampak aku. hee. yelaa. lama tak jumpak. okey, bla-bla. aku amik sijil ataih pentas. *sedih tengok ily dok kat bawah tengok kami.

kumpui nak bhagi kelas. time ni takpa lagi. masuk jela kelas mana hampa nak. okey, masuk tak beg. tengok ada yanie, mimi, nad. shake semestinya adala kan. just kami lima orang yea dari 3K1 masuk situ. hee. tengok lagi kawan hat len. mak aii. geng hingaq.

*bila tengok balik. qamai yg aku taksuka. macam si dia. serius aku ingat dia amik sains. tetapi tiba-tiba sekelas dgn aku. macam mana ni. buleh bertahan ka aku selama dua tahun ni. sedih gila. nak laqi pi kelas sains la. HAHA. tadak maknanya.

benda pertama yg belajaq sains. cikgu suruh buat report utk experiment form 1 pada hari pertama. bunyi macam serius. haih. pastu cikgu anajmiah pulak masuk. and dia kata Akaun ni payah. bek kamu amik sains. kami dlm dilema la. cikgu sains kata sains payah and cikgu akaun pulak kata payah. abeh tu kami nak amik apa. *thinking*

aku sudah form 4. and tahun ni bukan tahun nak berhoneymon okey. tingkatan empat ni adalah tahun critical point kamu kata cikgu sains. haa. baru teringat. eh la, aku geram la kat dia ni. dulu mai sekolah aku taktau apa semua tanya aku. tapi lani jumpa tengah jalan pon buat-buat tak kenai. hee. aku sekolah kat sini lama pada hang. jadi jangan dok buat belagak sombong. :P

aku tak kira la sapa ada dalam kelas tuh. yang penting belajaq-belajaq. sebab cikgu sains kata lagi. saya tak pandang 8 A kamuu.. sedih tau. saya usaha penat penat cikgu cakap macam tu. and lagi satu aku bukannya ada kuasa pon nak buang sapa-sapa yg aku takmau dok dlm kelas tuh. tapi biaqlah. go through saja la. #haqap sgt depa dpt pi mana mana.

The first time in my life and now it's so great. Slowing down I look around and I am so amazed. I think about the little things that make life great. I wouldn't change a thing about it. This moment is perfect. Study girls. time wait for no man. :)

Kinda bye. Assalamualaikum.

Monday, January 2, 2012

bila budak form 4 menaip. gini jadinya. xp

yeay, this year buleh amik lagi. *pitis sure sikit

Assalamualaikum semua. Happy New Year. dah 2012 ka? hee, maknanya next year aku SPM. huaaa. takuut. *baru lepas PMR teruih pikiaq SPM. hee. kalutt la aku kan. Every year mesti aku sambut new year dengan org yg sama. apelaa. takda org lain ka? HAHA.

okey, lately agak kalut. and kalau hampa nak tau. preparation utk ke sekolah pon lambat this year. tadi siang baru pi beli kain nak upah org buat. *percaya ka tidak. lagi sehari ja nak sekolah. haih la. ni semua PRS punya pasai, tak jadi pon takpa okey. penat. kena pretend like i'm a good student. hee. :P.

azam pulak this year. hmm. nak basuh kasut sebulan sekali ja. amacam, okey dak? HAHA. makin tua makin malas la. atceli aku ada satu azam ni dari aku darjah lima. takpi tak penah tercapai. insyaallah kalau ada rezeki this year, aku dapat lah. hope so. amin.

sekarang ni, aku dah tadak masa nak berblogging. nanti bukakk sekolah, nak cuba try kurangkan online. ntah buleh ke tidak? dua tiga hari nak bukak sekolah ni sibuk la sebab tetiap taun aku amik tender buat segala bahan mengajar kat mama. mama draft semua, aku taip je.

nasib bek this year takpayah dok pi hias kelas mama. kalau dak tu memang rutin tahunan kami. pi kemas, pasang langsir, bubuh cat. yela budak sekolah rendah semua cikgu kena buat. dan tepikiaq jugak. awai taun mesti kena hias kelas. sapa nak hias? yanie nak amik sains. *selalu bergantung kat dia.

 okey la. berhenti kat sini dulu. nak pi menyibuk kan diri dengan seorang sebelum tu nak pi bubuh ayaq garam panas dlm botoi baru..*buang kuman*. tadii jumpak chip kat kenduri. wink-wink. agak terpesona jugak. betoi ka word yg disengetkan tu? macam langit hijau. (sangat jauh) #baru belajaq kat money one drop tadi. haha. Assalamualaikum semua. Selamat Tahun Baru. love you. muahss,