Thursday, May 31, 2012

I'm sick of your attitude. :P


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca yang sangat baik. dua hari lepas aku dapat tau sesuatu yang membuatkan aku sedih. Aku tak caya yg kawan aku sendiri boleh buat macam ni kat aku. Why?



Apa salah aku sampai hang buat ceni kat aku. Aku boleh simpan rahsia kawan yang lain. Tetapi satu ja kelemahan aku, aku tak berani untuk menceritakan apa-apa  kepada kawan-kawan walaupun aku sangat percayakan mereka. 

Tadak sapa yg akan paham. hampa tak rasa jadi hampa tak akan paham. Aku mungkin seorang yang mesra. Tapi mesra aku hanya untuk orang-orang yg tertentu saja. Orang yang aku qasa takleh ngam, memang aku tadak rasa minat langsung untuk bermesra.

Hang dah banyak berubah. Aku dah hampir tak kenal hang. Bila aku nak merajuk dgn hg, mesti hg akan mai balik pujuk aku. hang boleh tau bila aku terasa ka dak melalui tindakan aku. Tapi hang tetap buat jugak benda-benda centu.

Tak perlu nak tunjuk baik dengan semua orang klu hati kawan hang sendiri tak boleh nak jaga. Aku tak mintak banyak. Cuma tolong consider sikit hati aku. Aku mungkin tak macam orang lain, tapi semua masalah hang aku dengaq.


Aku sedih dengan hang. Aku tak halang hang nak kawan dengan sesiapa pun. Tapi hormatilah aku sikit. Just go on with your life. I have nobody. musim berubah, and kawan-kawan aku pon berubah. Just leave me alone. I don't need anyone.


Wednesday, May 30, 2012

Buatku Disaana. :D

lagu ni ditujukan pada seseorang. kenangan bersamanya. enjoy it. :)



Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
 
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

 Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta



Tuesday, May 29, 2012

Haha, takdak keja

Hai peeps. harini taknak cakap banyak. rindu dekat Anis lah. over? whatever. dia lain hampa lain. jangan nak berani judge orang lain. Jk Jk. Dengan ini disertakan gambar-gambar partner kita. :)

Jamuan Kelas Form 3

SMK Convent, terima duit.

Parti Farewell kat Nab.

AnugerahCemerlang 2012, Cahaya?

Hari Sukan 2011
Besday shake 2011


Latest, menara.-treasure hunt

Bestfriends never make assumptions about me. They never expect a reason to go out with me. In fact friends only expect me to be what I'am. In my friend, I find a second self. Friendship doubles my joys, and divides all sorrows.

Sunday, May 27, 2012

Hore-hore selepas exam :P


Hallo guys. a very good morning. hmm morning la kan. baru 12.30 pagi. hehe. lamanya tak exercise tangan. dalam erti kata lain lamanya tak berjaga pagi pagi. oh god terlalu rindu semua yg terjadi, a few years back.

Ape yang membuat aku heppy semacam adalah mid year examination just over. hewhew. sukanya. Sapa tak suka weh, takpayah dok pening pala baca buku nu buku ni. hanya Allah yang maha mengetahui. dua minggu yang sangat memenatkan dah habis. and now time kita nak enjoy. hore-hore.

Setiap kali naik kereta time balik sekolah mesti soalan yang pertama muncul ialah. "Macam mana, exam buleh buat?" haiyoo. setiap kali dengaq soalan tu mesti hati aku berlari selaju laju mungkin. yela nak pikiaq nak jawab apa.

Aku akan jawab soalan tu ikut kategori:

Boleh- Sangat buleh jawab
Okeyla- Besa-besa ja
Soalan susah sangat lah- yang ni takleyh jawab.

Besalah kan. nak habaq takbuleh buat haih takut satgi kena beletiaq tak abes abes. Haha. Fyi, admat saya lingkup. selalunya aku suka admat sebab cikgu bagi attention lebih sikit kat aku. *acey, perasan je kite. tapi yg hampakan cikgu, aku jugak. sorie cikgu.

Ekonomi? Oh no. bila belajaq tersangatlah senang sampailah kat keluk, plupp, lampu terpadam. start blur. tapi bila exam baru tau susah. dengan takcukup time. memanglah hanya 4 soalan je, tapi jangan lupa anak cucu cicit dia beribu. susah okey.

 memang tabik spring la kat depa yg straight A tu. cena depa ley buat kan? tapi target aku nak jadi cm depa. aku adore sgt dgn org yg dapat straight A. igt senang ka nak dapat cm depa! target aku utk mid year hanya 5. kalau lebih tu Alhamdulillah lah.

Sampai sini dulu. Salam sayang. muahs tu all living thing. :) btw heppy besday Hazwani bt Mohd Sani. May Allah bless you.

Thursday, May 10, 2012

Berhenti membeli belah, Mulakan kehidupan.

Assalamualaikum.

Maksud slogan 'Berhenti membeli belah, Mulakan kehidupan' ialah kurangkan pembelian barang yang tidak berapa penting dan menyimpan duit tersebut untuk kegunaan masa hadapan.

Memang tidak dinafikan kita sebagai manusia, terutamanya perempuan  tidak terlepas daripada aktiviti suka membeli belah. Kita selalunya akan terlebih belanja apabila membeli belah. Kesannya, kita telah membazir wang, masa dan tenaga.

Beberapa tips untuk mengurangkan aktiviti berbelanja.

1. Berlengah-lengahlah dan berfikir sejenak sebelum membeli sesuatu. 


 Jika anda ingin membeli sesuatu, tunggu seketika sebelum membuat keputusan sama ada hendak membeli ataupun tidak. Tanyakan pada diri “adakah saya perlukan benda nie atau saya mahu berfikir dahulu dan datang kemudian semula esok hari”. Saya berani katakan yang kita tak akan pergi semula ke kedai itu. Sebab mungkin terlupa atau dapat fikirkannya ianya satu pembaziran kerana bukan kehendak.

2. Hanya Membeli Barang Pada Harga Diskaun


Kita seharusnya bijak dalam berbelanja. Kita sepatutnya hanya membeli bila ada tawaran istimewa dan diskaun.Contohnya pada musim perayaan atau karnival membeli belah. Jadi peluang ini kita boleh membeli dengan banyak pada harga yang murah lebih daripada harga biasa. Jadi rancanglah pembelian kita bagi tiga hingga enam bulan yang akan datang dan belilah pada jumlah yang banyak setiap kali jualan istimewa diadakan.
3. Menetapkan hanya 10% daripada pendapatan untuk berbelanja.
Kalau diikutkan kebanyakan orang apabila mendapat gaji, mereka lebih suka berbelanja kemudian menyimpan baki yang tertinggal. Cara ini sebenarnya tidak releven lagi sebab kekadang kita tidak menyangka perkara yang akan berlaku dan terpaksa membelanjakan wang lebihan itu, dan akhirnya kita tak mempunyai apa-apa lagi untuk disimpan. Kita seharusnya meyimpan dahulu gaji kita di dalam akaun di bank dahulu sebelum berbelanja. Kita digalakkan menetap hanya 10% daripada pendapatan untuk berbelanja. Pendek kata kita perlu mengamalkan menyimpan kemudian berbelanja.
     
     Kita bukannya dilarang untuk membeli belah kerana kita mempunyai hak untuk berbuat demikian. Namun, kita janganlah alpa dan terlalu mengikut kehendak yang tidak pernah terbatas ini apabila berbelanja. Kita juga hendaklah berjimat untuk kepentingan di kemudian hari bak kata pepatah bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Sekian sahaja daripada saya. Assalamualaikum semua.

Katakan Tak Nak Pada merokok!


Apakah baiknya berhenti merokok?

- Pernafasan bertambah baik
- Stamina meningkat
- Lebih sihat
- Lebih diterima oleh masyarakat
- Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
- Melindungi orang lain dari bahaya merokok
- Menjimatkan wang
- Melindungi persekitaran

Mengapa susah untuk berhenti?

- Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan
- Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak mengantuk) adalah 
  kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar , degupan jantung bertambah)
- Merasa letih dan murung apabila tidak merokok
- Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
- Mengatasi gian dan keinginan merokok

Bagaimana cara berhenti merokok?

- Menyedari anda mepunyai masalah.
- Membuat keputusan.
- Menetapkan tarikh berhenti merokok.
- Elakkan pengaruh untuk merokok.
- Minta bantuan dari rakan anda.
- Cari aktiviti yang lebih baik untuk dilakukan.
- Rancang hari hari tidak merokok anda.
- Bina keyakinan diri.

Petua mengatasi keinginan merokok:

- Tarik nafas panjang
- Minum air
- Membuat kerja lain
- Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
- Mandi
- Basuh tangan
- Senaman ringan ( contoh : regangan)
- Sembahyang / meditasi

Cara Solat Sunat Istikharah.

 Solat Sunat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.
Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut.
Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.


Khaifiat Solat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur.
Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah.
Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqomah.
Lafaz niat:-
“Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala”
“Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala”
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya:
“Ya Allah, jika hal ini….( sebutkan namanya )”

Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

Study Group Tips.

Study Group Tips

If you decide to form a study group, you will need to establish some rules or guidelines to keep the group from losing enthusiasm.

  • Limit the size of your group to three to six students for best results. Too many voices adds confusion.
  • If you have eight or more students who are interested in group study, simply form two groups and mix the membership from time to time. This will avoid hurt feelings and avoid having a stronger and weaker group.
  • Don't feel you have to limit yourself to study only with your friends. Pick smart people who do homework if your goal is to improve your grades.
  • Establish a regular meeting place and time and encourage each other.
  • Give your group a name. This will give the group a stronger identity and encourage participation.
  • At your first meeting, encourage each member to talk about his/her strengths that will help the group.
  • Take turns acting as group moderator, to keep the conversation on topic. The moderator should speak up if the conversation drifts too far from assignments.
  • Predict test questions and quiz each other.
  • Create a code word or prize for good ideas. Everyone likes to receive a pat on the back. Come up with a special word or small reward to congratulate group members when they come up with a "zinger."
  • Come up with a friendly word for members who are slacking off. Use it as a warning to encourage them to pull their weigh

Tuesday, May 8, 2012

sibuk sangat sekrang. :)

nampak rambut sikit. halal ar. bye.
hello girls. how your day? hee, lama kita tak story morry kat sini kan. semestinya rindu kan. yela sekrang ni busy sikit. macam macam berlaku dalam masa beberapa minggu. fyi, tomorrow sekolah bahiyah buat HariAnugerahCemerlang.

pastu minggu depan pula mid year examination. Oh mai god! tak baca apa lagi. dah la nak kena cover banyak subjek yg ada berpuluh puluh bab. even nak dekat dah, tapi nak buat cena. tiada kesedaran lagi. masih nak rock and roll lagi.*manusia zaman sekarang.

dengan time time ceni jugak kan. banyak pertandingan yg diadakan. first, kami kena kerah bawak surat khabar atlis 5 kg if not shake mengaum. so scared *muka mengejek. haha. wat lek wat pis dear.

then adalah pertandingan karang esei. macam tahun lepas lah. tapi tahun ni ada perubahan sikit. semua orang wajib masuk. kalau dak bersiap sedia lah nak jumpa cikgu ariaty. dah tu. nak tambah lagi beban kami, kami kena masuk dua. satu dalam bm, lagi satu dalam bi. renyah okey.

and tadi cikgu sivik kesayangan anis abaq ada pertandingan menulis blog. hatni ja yang berjaya buka mata aku. okey, amik borang teruih tadi yela. tak sabaq nak bagi pendapat aku yang terlalu bernas ni. ye ka?

okey la sampai sini ja kot. lusa cuti. maknanya boleh lah study sikit. taktau lah boleh jadi ka dak. firasat aku banyak mengata kan tidak akan jadi sama sekalii. silap silap aku belayaq kat pulau dudor. hee. bye frendo. muahs.