Thursday, March 29, 2012

Kosong !@#$

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Monday, March 26, 2012

Rahsia nama kamu. saya NA.


Nama korang mula dgn huruf apa ? Just for fun okeyh !! :) Rahsia Personaliti Huruf Pangkal Nama . nak tahu ? tengok laa sendiri ♥


huruf A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

huruf B 
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

huruf H
 Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros

huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

huruf U
 Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

huruf Z
 Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Aku NA - NURUL AMIRAH
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri. Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

 hampa? try la. okey bye. salam.


Alhamdulillah ^o^


hee. hai peeps. hw yr result? okey or hmm? its okey dearies, baru 1st test bukan. janganlah kecewa sampai hendak buat benda yg bukan bukan. 1st of all aku nak ucapkan tahniah kepada havoc len yg berani amik cabaran amik subjek sains. well done girls.

whats a suprise, i got 1st place in this test. OMG. anugerah allah. terima kasih yg Allah. selepas tadika, takpenah lagi aku dpat no satu. tu yg ciwi sat. penah dapat time tadika ja. sebab i kan anak murid kesayangan cikgu tadika. i miss cikgu tini.

yela kenapa? of kos tak buleh nak tembuih orang orang yg brilliant dlm kelas 3K1 dulu. hatudia. jawabnya tak payah dok berangan lah. abih kuat pon dapat no 2 waktu mid year form 1 and no 6 waktu mid year time form 3.

everyone selalu ingat aku, shake ngan nad ni K1 terbuang. hoyeah? hee. tak baik oo cakap kita centu. syake dapat no 2. yeyeyea. jom sorak untuk syake. and nad dapat no 10. three of us masih dalam lingkungan top 10. seronoknyaa.

 and zolyn dapat no 4. selepas semua markah diperbetul. aku dapat no 1 dalam kelas dan aliran dapat no 5. even turun sikit drpd yg mula. tapi aku tetap bersyukur. Alhamdulillah. Aku tak belagak okey cuma mungkin bangga sikit. treat me like yr own family please. and me too.

aku sedar yg aku bakal hadapi benda besar next yr. tak mau main main dah. yela takut kot. even aku budak akaun je. tapi still kena belajar ka? kepada sesiapa yg kata akaun and ekonomi tu senang, mai masuk try buat tengok bopa soalan. :$

and tahniah juga buat budak terror kelas 4SC1 -> Iffah, the fisha. dapat no 1 and dlm aliran dpat no 2. tahniah bebeh. and tak lupa juga kepada anis, awin and chip lopeh. tahniah tahniah. subjek sains tuh. don't worry. pulun kedah pulun. hey mai mana pulok? haha

*frrust dengan markah oral. sobsob. dengan penuh hormat, sopan santunya dan tidak riak, takbur dan ujub, saya NURUL AMIRAH mengundur diri dulu. salam sayang lah. muah muah. assalamualaikum.

Thursday, March 22, 2012

oh my darling

Hello friends. how yr day? okey today i want to teach you how to sing hindustani song- Oh mai darling I love you. Follow the lyric okey. gudluck 

Aaj Ke Ladke I Tell You Kitne Lallu What To Do - 2
Koi Mujhe Poocche How Are You Koi Mujhe Bole How Do You Do
Kabhi Koi Mujhse Na Kahe Oh My Darling I Love You
(Oh My Darling I Love You) - 2
 
Aaj Ki Ladki I Tell You Nakhre Waali Sun Le Tu - 2
Na Mein Poocho How Are You Na Main Bolu How Do You Do
Abhi Yahin Main Kehta Hoon Oh My Darling I Love You
(Oh My Darling I Love You - 2
 
Aaj Ke Ladke I Tell You Kitne Lallu What To Do
Roj Milo Chupke Chupke Pyaar Karen Chupke Chupke
Hum Roj Mile Chupke Chupke Pyaar Karen Chupke Chupke
 
Main Kab Kissi Se Darta Hoon Main To Tumpe Marta Hoon
Main Kaise Yeh Maanon Chal Mera Haath Pakad Le
Lo Haath Padkad Ke Main Bolon Oh My Darling I Love You
(Oh My Darling I Love You) - 2
 
Aaj Ke Ladke I Tell You Kitne Lallu What To Do
(Achcha To Chalo Pyaar Karen Saath Samundar Paar Karen) - 2
 
Tere Saath Na Aaoo Main Raaste Mein Doob Na Jaaon Main
Pyaar Mein Jo Doob Gaye Yaar Wohi To Paar Huve
Aisa Hai To Sun Soniya Oh My Darling I Love You
(Oh My Darling I Love You) - 2
(Aaj Ke Ladke I Tell You) - 2
 
Na Mein Poocho How Are You Na Mein Bolo How Do You Do
Abhi Yahan Hum Kehte Hai 
(Oh My Darling I Love You) - 2
Come On Everybody Sing With Me
(Oh My Darling I Love You) - 4
 
*so far so good friend? slowly and you can sing it to your beloved one. 

Tuesday, March 20, 2012

Puteri Lindungan Bulan. :D


Hai. selamat petang kawan. penah dengaq dak cerita tentang puteri lindungan bulan? untuk pengetahuan semua kononnya peristiwa ni berlaku kat kedah. sebab tu aku teringin nak tahu kisah selanjutnya. nak tahu jugak ka? okey, aku share kan ye.

Kisah Puteri Lindungan Bulan adalah salah satu mitos atau kisah legenda dari negeri Kedah, yang mengisahkan tentang Sultan Sulaiman Syah yang pernah memerintah Kedah pada pertengan kurun ke-16, dan pusat mereintahan baginda berpusat di Kota Seputeh. Baginda dikatakan mempunyai seorang puteri jelita yang dikatakan berdarah putih, digelar Puteri Zaleha. Selain dari puteri berdarah putih tersebut, baginda juga mempunyai seorang lagi puteri yang merupakan kekanda kepada Puteri Zaleha, iaitu Puteri Mariam.

Tersebut pula kisah tentang Kerajaan Acheh yang pada waktu itu bangkit dan menjadi kuasa besar di perairan Selat Melaka, setelah kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Selain dari Acheh juga, Melaka yang pada waktu itu berada dibawah kekuasaan Portugis dan juga Empayar Kesultanan Johor, juga antara kuasa besar yang cuba menguasai aliran perdagangan di Selat Melaka. Acheh, dibawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, menjadi kuat dengan tenaga tentera dan kedudukan strategiknya di utara Sumatera, menjadi pengawal pintu masuk ke Selat Melaka dari arah Barat. Menjadi cerita, baginda bermimpikan dua orang gadis jelita yang keluar dari sekuntum melur besar. 

Terlalu taksubkan kecantikan kedua-dua gadis tersebut, baginda telah merujuk kepada nujum diraja siapakan gerangan mereka. Menurut nujum tersebut, mereka adalah puteri kedua anakanda kepada Sultan Sulaiman Syah yang memerintah Kedah. Nujum tersebut juga menyebut, salah seorang dari mereka adalah Puteri Berdarah Putih.

Mendengarkan perihal tersebut, baginda makin bertambah taksub untuk memiliki Puteri Berdarah Putih,cuma baginda tidak dapat mengenalpasti, yang mana satukah puteri tersebut. Sebuah rombongan peminangan besar-besar dihantar ke Kedah. Sultan Sulaiman khuatir akan keselamatan Puteri Zaleha, tambahan pula baginda ahu akan perihal kelakuan sultan Acheh yang selalu bertukar isteri. Didorong atas rasa tersebut, baginda menukarkan Puteri Zaleha dengan Puteri Mariam, tanpa diketahui oleh rombongan peminangan tersebut. Setelah istiadat perkahwinan berlangsung, Puteri Mariam dibawa pulang ke Acheh.

 Berlaku satu kejadian, dimana dikatakn Puteri Mariam terluka akibat kacip pinang, dan mengeluarkan darah merah, mengakibatkan rahsia yang selama ini disimpan terbongkar. Menyedari baginda tertipu, Sultan Iskandar Muda memerintahkan negeri Kedah diserang.
Kedah tidak mampu menentang bala tentera Acheh yang gagah. Menyedari akan niat serangan tersebut, Sultan Sulaiman memerintahkan sebuah kubu dibina dibawah istana, tempat baginda menyembunyikan Puteri Zaleha. Kedah ternyata kalah dan Sultan Sulaiman serta para pembesar ditawan dan dibawa ke Acheh. 

Namun, sebelum baginda dibawa ke Acheh, baginda telah berdoa agar dilindungi akan puterinya dari keserakahan sultan Acheh tersebut. Dikatakan sewaktu tentera Acheh membinasakan istana dan kota untuk mencari puteri tersebut, walaupun bulan mengambang terang, tetapi pintu masuk kubu tersebut telah menjadi gelap memnyebabkan tentera Acheh gagal mendapatkan Puteri Zaleha. Setelah begitu lama dalam tawanan, Sultan Sulaiman mangkat dalam tawanan. Dalam tempoh itu juga Puteri Zaleha yang begitu lama ditinggalkan di dalam kubu, juga mangkat. Jenazah baginda berdua dimakamkan di puncak bukit Kota Seputeh yang hingga kini dapat dilihat dan kejadian lindungan bulan di atas makam Puteri Zaleha masih terjadi hingga ke hari ini.

Sunday, March 18, 2012

30 things that I hate

day 2 : 30 things you hate


PEOPLE
  1. Annoying people
  2. Person that my friend dislike
  3. Nasir Bilal Khan (Actor)
  4. Eman Manan (Actor)
  5. Betrayer
  6. All your family member (enemies)
  7. Boys - Timun Genk *still remember what he said to me
  8. Unmoral girl
  9. Capital NA *since last year
  10. Anita Sarawak >,<

ANIMAL
  1. Snake *All type
  2. Giant Octopus
  3. Dirty Cat
  4. Dog Family
  5. Monitor Lizard
  6. Crocodile 
  7. Animal that have many scale *ewww*
  8. Alien
  9. Weird Animal
  10. Angry bird? hahaha

TV3 shows
  1. Sedingin Lavenda
  2. Apa Celop
  3. You saka, pergi jauh jauh
  4. Epilog, syurga cinta
  5. Ahmad Durrah
  6. Si Jundai
  7. Tahajjud Cinta
  8. Syah Jihan
  9. Ampunkan Dosaku
  10. Vokal bukan sekadar rupa

Thursday, March 15, 2012

40 things about me.

Day 1: 40 Things about you

 PERSONAL
  1. Full name: Nurul Amirah binti Mohd Fauzi
  2. Birthday: 17 June 1996
  3. Zodiac: Gemini 
  4. First Besties: EF
  5. Ambition: Accountant or Account's Teacher
  6. School: SMK Sultanah Bahiyah
  7. Achievement: Straight A's in UPSR and PMR. 
  8. Hometown: Alor Setar, Kedah
  9. Religious: Islam
  10. Country: Malaysia
PEOPLE
  1. Inspired Person: My lovely Mama
  2. People that I like but scared of : Miss Ung Chai Phey
  3. My BFF : My Only Pom Pom. XOXO 
  4. Genk's: HAVOC relatives.
  5. Heroes: My Abah
  6. Partner: Anis Suraya
  7. Always laugh with: Nabila Gandum
  8. Careline Centre: Iffah Izzaty
  9. Gossip Girl: Azwin Farhin
  10.  Homework Partner: Syakirah Zupli
FAVOURITES
  1. Car: Volkswagen Scirocco
  2. Songs: Hindustani, Malay and English
  3. Colour: Pink, Hot Red
  4. Football Club: Manchester United
  5. Radio Channel: Hot Fm
  6. Food: Mum's cook
  7. Beverage: Carrot juice
  8. Subject: Currently like Account and keep hating History
  9. Football player: Cristiano Ronaldo
  10. TV'S show: Amazing Race Asia, Wipeout, The Biggest Looser, Perfect Match, Masterchef Malaysia, 1000000 Moneydrop, America Next Top Model, Project Runway.
 SWEET WORDS
  1. My heart Skips A Beat
  2. I love to walk in rain because no one knows that I'm crying
  3. When I miss you, I re-read our old conversation  and smile like idiot
  4. Depressed? Earphones In, Volume Up, Ignore the damn world
  5. The First Time You Fall In Love, Its changes your life forever
  6. Friendship isn't about you've known the longest but its who came and never left
  7. This moment is perfect, please don't go away. I need you now
  8. Woman's heart is fragile, once broken considered sold
  9. Stop acting all innocent... we all know your a two faced, bitch!
  10. The best feeling is when you stare at him and he is already staring at you while smiling.

Tuesday, March 13, 2012

reunion julungkalinya.



hoyeah? Assalamualaikum peeps. how your day? not so bad right? kemarin i mean 12 Mac 2012. hangout sat kemaqin. dua oranghavoc hilang ntah kemana. kononnya tu sesibuk menteri gamaknya kot noh? haha. 8 orang berduyun duyun ke pacific kemaqin.

lepas subuh tunggu awin mai sampai tertidur ataih kosyen. hewhew. then, dengaq bunyi hon kereta swift. bukak pagaq. then awin masuk. time tu mama tengah buat nasi lemak for our breakfast.  awin bawak mai kuih masyaallah macam 10 orang nak makan. *banyak sangat*


sembang sembang. kemudian kami main congkak. guess sapa yg menang? wink wink. sayalah. sebab kemaqin hari kalah utk awin. kan kan sayang. #jangan merajuk. then pi padang depan rumah syake. awin naik gerek dgn girangnya.


bersiap sedia ke pacific. kami orang pertama yg sampai kat sana. sambil dok usha budak budak comel lote sedang berlari berkejaran ternampak 3 sekawan datang. kami buat rombongan cik kiah ke tingkat ataih  pacific. main token toink toink dulu.



setengah jam chip mai, berikutan dgn anis. kami berlumba lumba bagai arnab ngan kurakura lawan lari. tapi kali ni bukan lari. ingat merentas desa ka. kami bergembleng tenaga utk bagi group masing masing menang. and and, guess lagii. sapa kalah? manusia lah. :P


turun beli mcd, then naik ataih pi lunch. melawat the famous bookstore alias popular. usha usha. then, kami proceed untuk menunaikan tuntutan illahi. zuhur first, baru kita cerita lain nanti. kat surau. kami juga budak ramah. hee, dia suka pink itu yg penting.

selepas bopa kali kami tawaf pc, kami pon pulang ke rumah. cari katil dulu. dengan kaki dok nyut nyut. sakit okey. ingat nak main badminton. tapi apakan daya. hujan pula. jadi kami berteduh di dalam rumah sajalah. next time yeah.

prup prip prup. amik gambar tengah tengah maghrib. haih. apa nak jadi budak zaman sekarang. yg sorang online tak habis habis. yg sorang amik gambaq tak sedaq diri. sampai la awin balik. aip aip. mengantuk sudah. okey till here saja lah. bye semua.


^ enjoy the day with your love one is fun right? ^ kamu yg bawak ku terbang, ke bintang kejora cinta kita. kekal selamanya.

Sunday, March 11, 2012

setengah hari di bendang.



hoi hoi wanita seluruh dunia. apa khabar ibu ibu bapak bapak. semua sihat yeah? harini saya bangun awai. pecah rekod dalam cuti sebab tak pernah bangun seawai ini. selepas subuh saya tak tidur balik okey.

macam mana buleh bangun awai? sebab semalam terpaksa tidur awai lah. lepas habis tengok cakerama,aku pon tidur. so scared cita. aww aww. takbuleh berjaga dah. if not memang tak mau tidok lagi. even ngantuk pon aku tahan. bangun awai sebab hari ni nab ajak pi jogging kat belakang "ban"

around pukul 8 tu. kami pon gerak la kot kanan jalan sambil sembang sembang. jalan tu sibuk gila. mau tak sibuk kat situ la jalan utk org org yg takdak lesen. nakpi jalan besaq takut kena saman. jadi lalu kot jalan kecik lah.

kami jumpa puppy kot tengah jalan. serius aku tak berani bab bab ni. syake ngan nab dah biasa jalan tu. jadi depa bawak aku lalu kot jalan bendang yg kecik tu. jalan kecik tu syiok sebab takdak sapa lalu. jadi, jalan tu kami yang punya.

satu round perjalanan kot bendang tu bersama dgn 10km kot. dahaga gila kot time tu. sebelum balik kat rumah masiing masing. kami pi rumah nabila duluu. pekena ayaq bopa gelaih. haih serius macam sebulan tak jumpa ayaq.

lepas lepak lepak kat luaq rumah dia. kami pon balik la. jalan sambil berjalan yg memakan masa selama 1/2 jam je.  then, smpai kat padang, syake cross the longkang. aku pulak teruskan perjalanan ke home sweet home.

that all for today. lepas tu pi kenuqi. rupa rupa rumah dia ka? hee. again, manusia belagak seperti itu masih wujud. aih. takpalah. anda bukan sapa sapa bagi saya. jadi saya tak perlu kuatir utk kelakuan kamu yg ***** tuh. okey bye peeps.

Saturday, March 10, 2012

don'treat me like idiot. :)


Salam manis berserta madu, salam sayang beserta i love you, salam rinduan i missyou, salam rock wa caya sama lu, salam ingatan saja nak tanya how are you? i'm back untuk menaip. hihi. rindunya nak cuti. nak tidok lambat, nak bangun lambat. hee. syioknya.

here we go. cuti ni, nabila lala balik. aku qasa lain dari cuti cuti lain. why not?  sekrang dh tak macam dulu.kenapa tak macam dulu? sebab dulu boleh jumpa tetiap hari. buleh dengar dia excited nak story mory about syampu, sabun, perapi semua ada.

tapi sekrang ni cuma boleh sembang sembang kot corong telepon je. tu po sekali atau dua kali dalam seminggu. sayang kredit weh. kalau dulu kredit aku yg 10 ringgit buleh tahan dua bulan. lanie 10$ dlm masa 2 minggu je.

hmm, takpala, sokay.  even sekarang ni kita tak kelas sekali dah girls or sekolah dah berlainan dear, aku tetap takkan lupa hampa la weh. kalau jumpa kot tengah jalan tu, tegoq tegoq la. jangan la kata aku belagak pulak.muka aku memang cegini, muka macam belagak sombong angkuh belagak.

 tapi dalam hati ada taman. hati aku baik. hati aku lembut, hati aku boleh dipujuk dengan sendiri. aku cuma frust dgn segelintir classmate K1 dulu. hmm, takpatakpa. aku tak akan kerap dh masuk kelas hampa. *sedaq diri.

come back come back to me. teringat zaman zaman kegmilangan pulok. okey till here saja kot. kenapa entry ni diwujudkan? sebab aku penah janji ngan nab, kalau dia balik kedah, aku buat satu entry untuk dia. hereee, for you gandum.

#semakin malas nak update blog sekarang.

Thursday, March 1, 2012

1st. tradisional game today

HAVOC. MISS you damn,
hai peeps. saya dah kembali normal. tiada sesi lakonan lagi. hari ni balik lambat lagi. boleh dikatakan hari hari aku balik lambat. ada nu la, ada nie la. orang sibuk memanjang katakanlah. hari ni sebab ada tradisional game.

bila perjumpaan agung, masyaallah. satu kelas takcukup. tapi bila kena mai perjumpaan hanya 40 ja org yg mai. still banyak ka? ish la tolak form 3,5 juara. form4 kelas bio. tinggai bopa kerat je. sadis gila. tapi kalau nak tengok lagi sadis bila perjumpaan rukun negara.

Haha. macam mana aku boleh tersesat kat situ pon taktau. kalau kat kelab math pula. cikgu malikiyaumuddin ada. hmm. buat apa? tapi yg boleh bangga dlm kelab tu aku, ngan nisa dapat keychain sebab kami dapat siap soduku. huihui.

back to the main topic. tadi kami ada ice breaking. kenai kenai org. aku dapat pasangan dengan midun. tapi dia nak dok ngan nad, so aku dok dgn budak kelas arab, wahidah. kenai kan? bila aku pusing pusing tengok keliling aku nampak semua pakat dok dekat kawan bek depa.

washi dgn afzan, par ngan SA. midun ngan nad. aku ja dgn outsider. awat syake takmasuk taktau permainan ni.hmm. sampai bila syake nak kena ada dgn hang mirah. haiyak. lupa kan cerita ni. lepastu kami main batu selambut. aku,main midun n nad. best la jugak. nad kalah. haha

minggu sekali lagi cikgu tanya la nak main apa,. congkak, saidina&syahiba, tuju galah. chess? semua pakat malaih bawak barang. pastu aku cakap la cekgu kita main tuju kasut. then semua org setuju. yeyeye. nanti main tuju kasut.

pastu tetiba washi kata kita main la tikus tikus tu. pastu ada seorang tu kata, hang nie nak bagi suggestion pon. bagi la hat elok elok sikit and mencabar sikit. tu budak budak punya permainan. then dia bangun dia kata. nak yg mencabar sgt cikgu kita buat soalan addmath.

haha serius lawak dia. senang kawan dengan dia. hai, meow-meow, borang dgn washi. (org sama) takdak dia sunyi kami. and dia jugak yg kata darah OB. haha. thats all. tangan berhenti disini. aku sayang spears aku. ♥

boleh ke aku berdrama? or sesuai berbahas je

glad to be here. Assalamualaikum. ketepi ketepi orang femes nak menyampuk. hewhew. *semua pakat meluat dah kan? happy fine day baby. cupp. once again, babak mengada ditaipkan. bukan ape. just testing oder samada buleh dak masuk drama competition.

action je lebih. tapi konfem bukannya berani sangat kau tu. dak laa. aku dok prepare segala kemungkinan. yela sekarang aku prs. and tahun ni jugak saya sweet sixteen. bak kata syake aku kena la aktif sikit.

and you guys nak tau dak. haritu kan lepas balik dari makmal sains. kami lalu la kot koop. then, jumpa cikgu BM masa form 2. what a suprise saya masih ingat nama dia. Fauziah Bt Abu. *eh, korang pon tahu ka? haha. saya kan suka overexciting.

dak la, tu mukadimah saje. yang sebenaqnya dia ajak aku masuk forum. oh mai god. tawaran bagus tu. tapi aku takuit cikgu. ramai org buat saya gelabah. takpala. just macam kita buat oral masa form 2 ja. nanti kita buat la latihan.

wuhuuu, syiokk. shake yg telebih berminat. cikgu tanya, nak dak kamu sebab ada org nak tarik diri. mentee kita dulu. ilyana. aku pon tanya dua orang takbuleh ka? saya masuk dengan budak ni. hmm. tapi tempat cuma kosong untuk sorang je. heee. tasukatasuka.

bila syake bagi motivation, semangat pula nak masuk. tapi lepas balik rumah qasa sebaliknya. saya tak konfem lagi. saya nak buat satu pengumuman yang saya sayang Azwin Farhin sangat sangat. kenapa ni? haha. reflex action aku tak bebrapa betui harini. takpa lee. just nak habaq tu je.

ehem ehem. kami bukan double L or. Kami berdarah normal. sekian saja. daripada PRIMADONA TERHEBAT (HAVOC- Has A Very hOnest Colleagues.), LaCarlottaserecaalamidates.