Novel ini telah dikarang oleh seorang penulis muda yang bergelar Hlovate. Kisah ini merungkai kisah kehidupan seorang remaja, Nur Addin Shah (Addin) bersama abang kembarnya, Muhammad Addi Shah (Kucai) semasa menuntut ilmu di Kolej Tunas.
Addin yang juga dikenali sebagai budak walkman merupakan seorang pelajar menengah tinggi yang agak nakal dan sering mencuri perhatian pelajar lain. Tanpa diketahui oleh sesiapa pun, tiada siapa pun tahu dia merupakan anak kepada seorang Exco Kerajaan Negeri kecuali abang kembarnya.
Rahsia adik-beradik kembar ini terpecah apabila dituduh mencabul undang-undang kolej. Kesalahan berdating di hadapan kelas sehingga ditangkap basah oleh seorang warden yang garang, Mama Leha memang satu kesalahan besar yang tidak dapat dimaafkan.
Serentak dengan itu, nama mereka sebagai calon MPP telah digugurkan di atas tuduhan tersebut sehingga mereka dipandang serong oleh semua pelajar. Sehinggalah tiba hari pengumuman perlantikan MPP kolej, mereka diberi peluang untuk memberikan sedikit penjelasan berkenaan hal tersebut.
Akhirnya, satu kolej tahu bahawa Addin dan Kucai merupakan sepasang kembar yang sengaja mahu meyorokkan identiti sebenar mereka. Oleh itu, pilihanraya kolej diadakan semula dengan meletakkan kembali nama pasangan kembar tersebut sebagai sebahagian daripada calon-calon MPP.
Ulasan org yg tulis.
Novel ini merupakan kisah kehidupan pelajar asrama yang memang mencabar dan meyeronokkan, mengingatkan kembali kehidupan berasrama suatu ketika dahulu. Sebenarnya, novel ini merupakan kisah flashback antara Addin dan Benz di dalam novel aA + bB yang pernah saya ulas sebelum ini.
Anyway, novel ini kurang memeningkan kepala saya walaupun menggunakan pelbagai perkataan saintifik berbanding novel sebelumnya, aA + bB yang penuh dengan perkataan saintifik dunia perubatan… Memang saya pening kepala sebab tak berapa nak faham…
Kisah nakal Addin sebenarnya banyak mencuit hati pembaca seperti saya. Walaupun nakal, Addin juga boleh dianggap seperti Robin Hood apatah lagi bila berhadapan dengan seorang anak Dato’ yang bernama Eve, salah seorang classmate Addin.
Eve dengan Addin, memang pasangan musuh yang terlalu kontra. Eve, seperti golongan kebanyakan sering memandang luaran dan sangat materialistik dalam menilai sesuatu. Eve sering sahaja mengeji apa sahaja yang jelik di matanya sering membuatkan orang lain tidak menyukainya.
Sifat Eve yang suka berlagak bagus juga acapkali menyebabkannya menjadi mangsa kenakalan Addin akibat daripada sikap buruknya yang suka membangkitkan kemarahan orang lain. Boleh kata kecoh satu kolej dengan pelbagai peristiwa apalagi jika melibatkan mereka berdua.
Kes slap Eve di sekolah, kes di Dewan Makan, kes siram air kat Eve sewaktu Addin didenda untuk mencuci longkang, kes tuang nila kat baju Eve sebab dia suka potong line orang lain time cuci baju… Pendek kata semuanya membuatkan the battle is never end!
Namun dunia Addin tetap indah, kehidupan bersama rakan-rakan yang memang sekepala di asrama sering sahaja melakar sejarah tersendiri di Kolej Tunas. Siapa yang tak kenal geng Head Girl sekolah? Siapa lagi kalau bukan Addin, Fishah, Pa’e dan Jen?
Tambah gamat bila Addin dah sign ‘The Code of Conduct Penjenayah Sekolah’ dengan Magnificent 7, geng junior yang banyak membantu dia menjalankan operasi tambahan. Walau dari ceruk mana sekalipun hatta sehinggalah Malam Amal Kasih, Magnificent 7lah yang banyak berkorban untuk si kakak Head Girl.
Even kalau nak spread the love sekalipun, Panah Arjuna selalu sahaja ada untuk mendekatkan hati Addin dan Benz. Dua orang senior yang memang tak sekepala namun adakalanya mereka saling boleh menerima…
Sumber: http://readercircle.com/book-review/tunas.html