Solat Sunat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.
Jika
timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam
sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima?
Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat
masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh
yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk
memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan
mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang
terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan
pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut.
Selepas
itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya,
ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan
menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik
dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa
kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan
yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan
pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi
hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai
husnuz-zan kepada Allah.
Khaifiat Solat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur.
Sangat
baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati
lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah.
Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqomah.
Lafaz niat:-
“Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala”
“Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala”
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya:
“Ya Allah, jika hal ini….( sebutkan namanya )”
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
“Ya
Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan
penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar,
sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak
mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah,
jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam
agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku
dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya
jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku,
kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan
jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik
saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu
itu.”
No comments:
Post a Comment