Salam buat readers semua. Pertama sekali salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yg terlibat dalam Misteri kehilangan pesawat MH370. Turut merasai kesedihan ini ialah diri saya sendiri kerana salah seorang dari penumpang itulah ialah saudara saya.
Abahnya kami semua panggil Toksu En (Ibrahim) ialah sepupu kepada Arwah Tok saya. Manakala mangsa (Mohamad Safuan Ibrahim) merupakan dua pupu mama saya. Walaupun kami dah pupu pupu, tapi kami agak rapat memandang keluarga diaorang dan keluarga mama berasal dari kampung yang sama di Tongkang Yard.
Dekat rumah dia, kami semua panggil Boy memandang, dia satu satunya anak tunggal lelaki dalam keluarga dan merupakan anak bongsu.. Bulan 12 lalu, kami sekeluarga telah menghadiri kenduri selamat sempena beliau yang akan ke Beijing atas urusan pekerjaan sebagai pegawai MITI.
Boy yang berumur 33 tahun ini yang dijadualkan utk ke Beijing pada 7 Februari lalu telah menunda pada7 Mac.(Tak pasti pulak dia yang tunda atau pihak Mas yang tunda.) Menaiki pesawat MH370 pada jam 12.41 pagi dan kira-kira dua jam kemudian 2.40 pagi, pesawat yang dinaiki hilang dari radar pengawasan.
Sehingga kini tiada pengesahan yang betul dibuat. pihak berkuasa telah mengembleng tenaga, bersabung tenaga, untuk mencari petunjuk dalam operasi menyelamat. Pihak Vietnam, melaporkan terdapat beberapa kesan tompokan minyak di Teluk Siam. Dan Pihak China ada menjumpai serpihan sampah di pengairannya. Namun, keadaan itu tidak dapat dipasti lagi sama ada minyak serta sampah itu mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.
Dapatkan berita yang sahih dari sumber sumber yang sah seperti RTM dan jangan mempercayai sebarang spekulasi. Moga, kita dapat mendengar khabar berita mereka dengan kadar yang segera. #DOA UNTUK MH370.
SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA TOKS] SU EN DAN YANG LAIN. Hanya doa yang mampu kita rakyat Malaysia hulurkan.!!
Tok Su Wan Tom and Kakak2 Boy |
Senarai mangsa terlibat. |
No comments:
Post a Comment