Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan.

Assalamualaikum.

Maksud slogan 'Berhenti membeli belah, Mulakan kehidupan' ialah kurangkan pembelian barang yang tidak berapa penting dan menyimpan duit tersebut untuk kegunaan masa hadapan.

Memang tidak dinafikan kita sebagai manusia, terutamanya perempuan  tidak terlepas daripada aktiviti suka membeli belah. Kita selalunya akan terlebih belanja apabila membeli belah. Kesannya, kita telah membazir wang, masa dan tenaga.

Beberapa tips untuk mengurangkan aktiviti berbelanja.

1. Berlengah-lengahlah dan berfikir sejenak sebelum membeli sesuatu. 


 Jika anda ingin membeli sesuatu, tunggu seketika sebelum membuat keputusan sama ada hendak membeli ataupun tidak. Tanyakan pada diri “adakah saya perlukan benda nie atau saya mahu berfikir dahulu dan datang kemudian semula esok hari”. Saya berani katakan yang kita tak akan pergi semula ke kedai itu. Sebab mungkin terlupa atau dapat fikirkannya ianya satu pembaziran kerana bukan kehendak.

2. Hanya Membeli Barang Pada Harga Diskaun


Kita seharusnya bijak dalam berbelanja. Kita sepatutnya hanya membeli bila ada tawaran istimewa dan diskaun.Contohnya pada musim perayaan atau karnival membeli belah. Jadi peluang ini kita boleh membeli dengan banyak pada harga yang murah lebih daripada harga biasa. Jadi rancanglah pembelian kita bagi tiga hingga enam bulan yang akan datang dan belilah pada jumlah yang banyak setiap kali jualan istimewa diadakan.
3. Menetapkan hanya 10% daripada pendapatan untuk berbelanja.
Kalau diikutkan kebanyakan orang apabila mendapat gaji, mereka lebih suka berbelanja kemudian menyimpan baki yang tertinggal. Cara ini sebenarnya tidak releven lagi sebab kekadang kita tidak menyangka perkara yang akan berlaku dan terpaksa membelanjakan wang lebihan itu, dan akhirnya kita tak mempunyai apa-apa lagi untuk disimpan. Kita seharusnya meyimpan dahulu gaji kita di dalam akaun di bank dahulu sebelum berbelanja. Kita digalakkan menetap hanya 10% daripada pendapatan untuk berbelanja. Pendek kata kita perlu mengamalkan menyimpan kemudian berbelanja.
     
     Kita bukannya dilarang untuk membeli belah kerana kita mempunyai hak untuk berbuat demikian. Namun, kita janganlah alpa dan terlalu mengikut kehendak yang tidak pernah terbatas ini apabila berbelanja. Kita juga hendaklah berjimat untuk kepentingan di kemudian hari bak kata pepatah bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Sekian sahaja daripada saya. Assalamualaikum semua.

9 comments:

Orang Pineng said...

Oh bagusnya. Best sangat. Nice try.

AmiraHavoc said...

Thank you, besa ja.

Anonymous said...

Bagus, buleh amik jadi reference.

AmiraHavoc said...

Sure, tapi ubah sikit la naih.

Mail Limbong said...

Haloo, Good job!!!!

AmiraHavoc said...

Thanks. :)

Anonymous said...

Erm bagos3. troskan usaha anda, mesti bleh dapat hadiah biskut merry pasnie. cayalah bro << komen membina kan ? :3

Anonymous said...

Aku kena paksa huuuuuuwwww T. T

AmiraHavoc said...

Membina la sangat haha. biskut merry apa klas.. wink wink :0