My Little Angel 2

"Hurmm, Laki tadi tu sapa?" tanya Afif sedikit kasar. Sejak dalam kereta tadi, dia pening memikirkan siapakah gerangan laki tu. Takkan kekasih Anis kot? Tapi tak mustahil kan. Kau tak kenal Anis tu langsung, mana tau dia dah berpunya ka. Lagipun dia hanya jadi mangsa untuk kahwin ngan kau sebab wasiat bapa dia saja.
"Haiman!" jawab Anis pendek.
"Dia tu siapa?"
"Kawan." jawab Anis ringkas. Sebenarnya Anis malas untuk melayan semua pertanyaan Afif kerana dia sedang mengibarkan bendera Jepun. Beginilah dia kalau dah "Allah Bagi Cuti". Tak ada sorang pon yang dia akan layan elok-elok.
 "Kawan yang macam...." tanya Afif lagi.
"Ok lar awak, saya nak naik bilik dulu. Asar pon hampir habis." Terpaksalah dia berbohong dengan suaminya sendiri. Bukan nak jadi isteri derhaka  tapi... arh bohong sunat tapa weh. Takkan lar aku nak bagi tau dia perkara yang sebenarnya. Malu kot beb!! Buat jatuh standard kaum wanita ja. Terus Anis berlalu ke bilik meninggalkan Afif yang keresahan.

Nampak sangat Anis memang ada hubungan dengan laki low tu. Habislah kau Afif! Tu lah, sapa suruh ego sangat hah? bisik kata hatinya.Tapi aku masih belum terlambat kan. Aku mesti cari idea untuk pikat Anis, bini aku.Yeah!! dia memang bini aku, dan tadak sapa yang boleh dapat dia kecuali sorang iaitu Muhamad Afif.

*******

 Pomm, pintu biliknya dirempuh oleh seseorang dari luar. Afif yang sedang menyemak fail tersentak. Eh, ni orang ka gajah yang tolak ni. Seorang wanita yang tinggi lampai, berpakaian macam kain kat semua kedai habis dijual masuk ke dalam biliknya. Reen!!
"Maaf tuan, saya cuba menghalang tapi...." beritahu Izaty a.k.a setiausahanya.
"It's okey Zaty."
"Kenapa pekerja you tu halang I dari jumpa you?” sergah Reen selepas kelibat Izaty sudah tidak kelihatan.
"I yang suruh." Bersahaja jawapan Afif.
"What??! You yang suruh?"
"Perlu I ulang balik?" sinis Afif.
"Tapi kenapa?"
"Faham-faham je lah. You ingat I ni kerja goyang kaki? Banyak yang I boleh buat dari melayan you.So, apa yang you nak?"
"You apa ni, you kata you cintakan I, tapi asal you kahwin dengan perempuan kampung tu. Ewah-ewah sesedap hatinya mengelarkan Anis perempuan kampung, padahal muka pon x pernah tengok!! Hatinya panas sejak diberitahu oleh kawannya yang Afif sudah berkahwin dengan seseorang dekat sebulan dah. Patutlar dia tak angkat kol aku. Rupanya dok bermadu kasih ngan bini dia. 

Melihat cara Afif yang seolah tidak berminat melayannya, Reen mendekatkan dirinya dengan tubuh Afif.
" Sayang…please, jangan layan I macam ni. I tahu, you sengaja layan I macam ni kan." Caranya seolah menggoda. Tangannya melingkari leher Afif dari arah belakang.
Afif menepis kasar tangan Reen. Betul-betul merimaskan! "Boleh tak tolong kawal diri you tu?"
"Betulkan, you sengaja layan I macam tu?" You dipaksakan oleh mummy you untuk kahwin ngan pompuan tu. You tak cintakan dia kan? Reen masih lagi dengan andaian yang sama. Terguris juga hatinya bila ditepis begitu.
"Hurmm.. Aku memang ikhlas layan kau macam. Sebab kau tu tak layak untuk buat bini. Aku dah kahwin, tapi bukan dengan orang kampung! Anis tu anak orang kaya malah level dia lebih tinggi daripada kau!! Yang paling penting aku sayang dia dan kami bahagia sekarang. So, kau nak apa lagi, boleh keluar dak?"
 " Wats?? Dah dapat yang baru, yang lama nak buang camtu ja. Hey, you dengar sini ya!! I takkan lepaskan you. You milik I sorang ja and you jangan nak berangan boleh hidup senang lenang ngan pompuan tu!!" ugut Reen. Pintu bilik Afif dihempas kuat. Marah di hatinya makin membara dengan sikap Afif yang senang-lenang boleh melupakan dia. Aku takkan lepaskan kau, Afif!! Kau milik aku SAJA!!
 Selepas Reen pergi daripada pejabat itu, pantas Izaty mendapatkan bossnya. "Errr, tuan.... tadi Puan Anis datang... Dia datang nak hantar makanan ni... Tapi... tiba-tiba dia keluar sambil menangis.... " serba salah Izaty untuk memberitahunya . Semua ni salah dia. Dia lupa untuk menghalang Anis daripada masuk ke dalam bilik tuannya.
"What?? Kenapa kamu tak halang dia."
"Sorry tuan, saya lupaa..." 
Afif mengeluh. "Kamu tolong batalkan semua appointment saya. Kalau ada orang call saya cakap saya cuti!" terus Afif keluar daripada biliknya tanpa sempat Izaty membalas. Tumpuannya sekarang ialah Anis Suraya, wanita yang telah berjaya mendapat tempat di hatinya sekarang.


*************

Anis memasuk ke perkarangan Tasik, dimana dia pernah ke situ bersama Afif dulu. Hatinya masih sakit dengan kejadian baru sebentar tadi.  Afif bersama seorang wanita dan dia membiarkan perempuan tu sesuka hati memeluknya. Walaupun kau terpaksa kahwin dengan aku, tapi kau tak perlulah memainkan hati perempuanku, rintih Anis di dalam hati.
"Assalamualaikum. Anis??"
"Walaikumussalam. Eh, Haiman." 
"Tak sangka boleh jumpa Anis kat sini. Asal duduk sorang-sorang ni? Nanti orang culik macam mana?? Sapa yang susah? Haiman juga kan. Di mata Anis itu hanyalah sebagai gurauan semata-mat tetapi bagi Haiman, hanya Allah yang tahu berapa banyak dia cintakan Anis. His first and last love katakan!! 
"Hahaha, sapa lah yang nak culik saya?? Tapi bagus jugak kan kalau ada orang culik saya. Nak senang lagi lenyapkan saya terus dari muka bumi ni."
"Kenapa awak cakap macam tu? Awak ada masalah ka?"
"Eh, mana ada. Pandai-pandai ja awak ni." Anis cuba untuk berdalih.
"Anis.. cuba bagitau saya kat dunia ni mana ada orang yang tak ada masalah. Dari air muka awak saya dah boleh agak awak ada masalah. Kalau tak mesti awak ceria kan.
"Mana adalar, saya cuma penat sebab dari tadi saya asyik baca buku, sampai pening. Tu yang saya datang sini, bak kata orang release tension kan.
"Yaka?? Tapi muka awak tetap macam ada masalah. Dengan your husband ka??"
" Hahaha, awak ni macam budak kecil lar! Saya oke-oke aja. Tak ada masalah pon. Serius!! Trust me please.
"Tapi saya tetap..."
"Hurmm, kerja En Kamal awak dah siapkah?" potong Anis.
Afif sedang mengepal tangannya. Hatinya bagaikan disiat-siat apabila melihat kemesraan Anis dan Haiman. Tetiba, telefonnya berdering. "Heloo. Hurmm. What?? Macam mana boleh jadi macam tu? Okey-okey. Saya on the way."


Afif ke lapangan terbang dan terus berlepas ke Eropah. Sebenarnya, projek syarikat Afif di Eropah telah disabotaj oleh syarikat lain. Pada mulanya dia ingin memaklumkan dahulu kepada Anis atas pemergiannya, tetapi ego telah mengatasi segalanya.


*****************

Anis memandu tenang keretanya ke rumah mak mertuanya. Puan Suria sudah memesan kepadanya pagi-pagi tadi lagi supaya singgah di situ untuk makan malam bersama. Agak janggal pergi berseorangan tanpa Afif, namun kerana tidak sanggup menghampakan mamanya yang beria-ria, diturutkan juga hatinya.


"Assalamualaikum…" Anis memberi salam. Jantungnya tiba-tiba sahaja berdegup laju ketika melangkah masuk.


"Waalaikumusalam…Sampai pun menantu mama yang seorang ni." Puan Suria menghampiri Anis sambil memeluk tubuh menantunya itu.


"Maaf mama, lambat sikit." Anis, menghadiahkan senyuman selepas pelukan mereka terlerai.


"Kenapa lama tak datang sini?" Puan Suria bangun sambil mencubit pipi Anis kuat. Memerah pipi Anis dibuatnya.


"Anis si…"


"Sibuk. Dia memang sibuk memanjang mama. Kalau boleh tak nak balik rumah langsung." Tidak sempat Anis menghabiskan ayatnya, kata-katanya sudah disambung seseorang.


Anis terkedu. Bukan sahaja terkedu kerana kata-kata sindiran yang tajam tapi turut sama terkedu kerana suara itu! Suara yang sudah lebih dua minggu tidak didengarinya. Suara yang cukup dirinduinya. Matanya tercari-cari kelibat pemilik suara itu dan matanya terhenti pada sesusuk tubuh yang sudah mengatur langkah ke anak tangga.


Anis tersenyum kelat pada semua yang ada di ruang utama itu. Cuba menutup wajah kecewanya dengan sikap Afif. Salah diakah kedinginan ini berlaku?


Puan Suria yang berada di sebelah Anis berbisik perlahan.


"Kalau hati kita berdetik sedikit mengatakan kita yang salah, apa salahnya rendahkan sedikit ego untuk memohon kemaafan?"


Anis mengangguk sebelum mengatur langkah.


* * * * *
Afif berteleku di birai katil. Mengingat kembali kejadian yang berlaku beberapa minit yang lepas, membuatkan dia mengeluh lemah. Sebenarnya dia langsung tidak berniat untuk menyindir Anis, namun entah mengapa dia sengaja mahu terus menguji isterinya itu.


Pintu biliknya tiba-tiba dibuka dari luar. Tanpa lihat pun, dia sudah dapat mengagak siapa yang sedang melangkah masuh ke biliknya.


"Tak reti nak ketuk pintu dulu?" dingin suaranya menyapa.


Anis menggigit bibir. "Sorry."


"Nak bagi salam pun dah tak tahu?"


"Tahu! Assalamualaikum, abang." Anis melepas nafas lega. Alhamdulillah. Terkeluar juga panggilan itu akhirnya. 

Afif terkedu. Silap dengarkah? Tajam matanya merenung Anis.
Anisbuat-buat tak nampak dengan pandangan maut Afif. Dia menghampiri dan melutut di hadapan lelaki itu. Tangan Afif dicapai dan dikucup lembut.


"Anis minta maaf kalau abang kecil hati dengan Anis. Anis banyak buat abang kecewa. Kalau abang tak nak maafkan pun tak apa, Anis faham." Air jernih mengalir perlahan ke pipinya. Afif terdiam. Masih lagi tidak percaya dengan apa yang didengarnya.


"Tapi satu je Anis minta, kalau abang rasa marah, sakit hati, kecil hati, atau tak puas hati dengan Anis sekalipun tolong jangan lari sampai ke Luar Negara macam hari tu. Kecut perut kena tinggal sorang-sorang tau." Sambung Anis.


Afif tersenyum setelah hatinya sudah mula percaya dengan apa yang didengarnya. Lapang benar hatinya mendengar panggilan yang sudah lama dinantikan itu. Marahnya tidak jadi dipanjangkan. Dia bangkit dari duduknya sambil menarik tubuh Anis untuk turut sama bangun. Mata mereka bertentangan."Kalau tak menangis tak boleh ek?" tanya Afif lembut sambil mengesat pipi Anis dengan jemarinya.


"Abang lah buat orang menangis." Anis memuncung. Afif tersenyum lagi. Tubuh Anis ditarik ke dalam pelukannya. Didakap erat tubuh itu seperti tidak mahu dilepaskan."Terima kasih sebab panggil abang dengan panggilan yang abang tunggu-tunggu selama ini. Terima kasih sebab buat abang mengerti maksud cinta. Terima kasih sebab buat abang kenal makna rindu. Terima Kasih sebab buat abang rasa erti cemburu. Terima kasih sebab bagi peluang pada abang untuk bergelar suami. Akhir sekali, terima kasih sebab buat abang bahagia and I love you so much sayang." Ucap Afif penuh syahdu di telinga Anis

Anis mengeratkan pelukannya. Kepalanya disandar pada dada bidang itu. Baru hari ini dia benar benar rasa bahagia. Kalau benar ini rasanya cinta Ya Allah, seribu kesyukuran ku panjatkan. Rahmatilah cinta kami berdua hingga ke akhirnya.

No comments: