Saturday, April 28, 2012

Kursus yg paling best setakat ni. :)

hai semua. good saturday evening. how your weekend?  hari jumaat hari tu aku takpi tusen admath sebabnya ada kursus PRS kat sekolah. bagi ahli baru depa kena temuduga. acteli aku pon sepatutnya kena jugak.... :P

tapi memandangkan kami kumpulan dgn kak mawaddah, jadi dia amik masa yg amat lama utk seorang. jadi aku terselamat lah. mula lah kami dok main quiz kat depan. aku yg kena bg soalan kat depa depa semua.

soalan semua tak masuk akal. and yg paling depa perah otak nak jawab adalah tang aku tnya sapa adik zamarul hisyam? teng.. teng.. teng.. Fizz Fairuz. depa taktau. eh! reader pon taktau juga ke? boleh pi kawan dengan depa lah. :P

serius nak habaq, kursus ni lah yg paling syiok selama kursus prs telah diadakan selama ni. mungkin sebab tak ada wani kot. haha. dakdak. lawak je. don't take it serius. banyak aktiviti yg kami buat haritu. excited gila sampai tak sedaq dh pukui 12.

ada satu aktiviti tu. cikgu bagi dlm 10 minit utk tulis salasilah keluarga. then buat bulatan besar. besar punya. aku dok sebelah cikgu halijah. pastu cikgu suruh la syuhada bentangkan salasilah keluarga dia. takpala.. dia pro pra pro pra la.

then cikgu tanyalah dia, dia nak suruh sapa pula lepas dia. dalam banyak-banyak orang aku pula yg dia pilih. "Hmm, kak amirah lah" Cikgu tanyalah amirah mana. yg form 5 ka form 4. dia kata yg sebelah cikgu tu. ha?, aku punya la getaq.

di dalam bulatan yg mempunyai 54 org semua. aku pon bangkit lah. buat buat berani pi lah. padahal hati sapa tau. hehe. cerita la bla bla bla. then sekian terima kasih. cikgu pon suruh aku plih ahli baru. then, aku pon pilih la ikut random je. mata aku nampak hat mana.

then banyak lagi la aktiviti len. kami balik dengann hati yg tenang. tapi tidak buat aku. hee. sedih gila. flasback balik satu aktiviti ni, kami kena dok dalam pair and kalau buleh bestfriend kita. aku tengok sekeliling. nobody. wanie pon takdak. jadi aku pon duduk dengan dia.

kami kena pelekat satu kertas kat belakang baju semua pair kita tu. then tulis la positif ngan negatif tentang diri pair kta. takpalah. semua pakat dup dap dup dap.  and what a suprise okey.

positive aku - rajin ngan pandai. (kembang tak leh habaq)
negative aku - cuba teka. aku pon tak penah expect benda ni.


ramai orang yg tak suka dia. tak tau lah kenapa :)

ha, terkejut yg teramatlah. selama ni aku taktau pon yg orang taksuka aku. hm. mula-mula macam nak marah jugak. tapi bila pikiaq balik. aku ucap jutaan terima kasih kat partner aku tu sebab dia jujur ngan aku. kalau dak sampai bila aku tak sedaq.

kalau hampa jadi aku apa yg hampa nak buat. nak qeyau? air mata aku beku utk perkara ceni. takdak feeling. melainkan redha jelah. dah diri aku ceni. :) okeylah. berenti tu kat sini. nak kena buat laporan kursus dan nak cari sponsor lagi. homework lagi bertimbum. mentang mentang lah aritu aku takpi sekolah. meluat gila. assalamualaikum.

No comments: